Saturday, May 26, 2012

bila ♥ berbicara


Hati wanita ini terlalu istimewa sehinggakan kita tidak dapat meramal apa yang berada di dalam hati mereka . Walaupun kita merasakan kita amat dekat dgn hati mereka , tetapi sebenarnya kita langsung tidak memahami apa yang bermain di dalam fikiran mereka 

Kadang - kadang dia sering menyembunyikan sesuatu rasa sehingga menitiskan air matanya tetapi kita tidak melihat , kerana menangis dia di dalam hati , kerana menangis dia dalam diam . Deritanya sukar untuk kita fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonannya , menyembunyikan kesedihan di sebalik senyuman yang terukir 



Di saat menitisnya air matanya kerana kamu , jika kamu berpesan dan berjanji tidak akan melukainya lagi , dia akan menerima kata - katamu itu sebagai pemangkin semangat untuk dia lebih kuat dan tabah melalui hari hari ini . Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya lantas dia akan mengenggam erat tanganmu , di hatinya dia berazam tidak akan melepaskanmu 

Dan apabila dia jarang mengatakan dia merindukanmu , janganlah kamu beranggapan dia tidak merindui kamu , sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya pasti berbunga - bunga apabila seseOrang yang amat di cintainya mengatakn merinduinya . Apabila dia mengatakan dia merinduimu dia benar benar memaksudkannya 




*Kata menjelmakan kisah berjutakan cerita dan memberikan berjuta makna :')